Resepi Truffle Kasih - Cinta

|

















Bahan A

320 gram mentega
1/8 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
120 gram gula aising

Bahan B (ayak)

350 gram tepung gandum
30 gram serbuk koko
50 gram tepung jagung
30 gram tepung kentang
3 sudu besar susu tepung
1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan C

300 gram kacang almond

Bahan hiasan

Mangkuk kertas
Coklat urai (chocolate rice)
Love sweeties
Coklat putih (white chocolate)

Penyediaan

Putar bahan-bahan A hingga sebati
Ayak bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A.
Gaul sebati. Rehatkan doh selama 20 minit.
Bakar kacang almond sehingga masak.
Bulat-bulatkan doh dan isikan kacang almond ditengah-tengahnya.
Bentukkan memanjang.
Bakar hingga masak dan sejukkan.
Panaskan coklat putih dan celupkan biskut. Letakkan di dalam mankuk kertas dan hiaskan dengan coklat urai dan love sweeties.

Nota: Setiap coklat yang hendak dipanaskan hendaklah menggunakan teknik double boiler.

rujukan asal : http://www.resepi4u.com/

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 cinta fantasi | Template Blue by TNB | Distributed by Deluxe Templates