Memikat Wanita Melalui MS,FB,FS Dan Yang Sewaktu Dengannya.

|

-Memilih gadis yang sesuai untuk di"ADD"
Ya, sekarang ni sudah banyak orang yang membuat "fake account" dimana mereka menggunakan gambar orang lain. Jadi anda jangan tertipu ye. Cari gadis yang nampak bersahaja dan tidak berlebihan ketika mengambil gambar. Kalau korang tengok ade yang amek picture tunjuk badan sane sini. Boleh percaya ke?

-Nilai tahap bitch gadis tersebut
Mungkin ada antara gadis-gadis yang nampak lawa dan sopan, tapi bila bace komen diorang. Pergh, dengan lelaki lain ade sayang-sayang la. I miss u la. Or kadang2 korang nampak die bagi number kat laki camtu je. Haaa, itu mungkin bole bincang lagi. Tapi kalau ade gadis yang cantik tapi post bulletin dan status di Myspace macam orang takde nilai diri. Mencarut n so on, pastu maki2 n gaduh pasal laki. Nak ke gadis macam tu?

-Paras rupa dan penampilan
Yeah, ini adalah faktor terpenting sekali walaupun encik admin letak selepas nilai tahap bitch. Hahaha.
Korang mestilah ade paras rupe yang menarik, kalau korang tak hensem pun cukuplah dengan penampilan yang kemas dan bergaya. Mereka akan nilai anda melalui gambar anda juga. Yeahhh :)

-Kena "TRY" dulu gadis anda minat
Banyak cara untuk anda try gadis yang anda minat,
contohnye, korang mulekan dengan perbualan yang menarik. Tengok die ini jenis yang gila2 atau cool. Kadang2 mereka tidak sukakan lelaki yang terlalu open. Yeahh, itu kenyataan. Setelah 3-4 kali anda "TRY", cube mulekan perbualan dengan "hye sayang, how are u?". Cube perhatikan ape yang die reply, kalau die reply mesra plus gelak2, dia hanye anggap sebagai joke je. If die plak terlebih2, haha, dengan anda die bole buat. Dengan laki lain bagaimana pula?

-Fikirkan risiko hubungan jarak jauh
Dalam bahase omputihnye, long-distance relationship. OK. Mungkin korang duduk di KL, gadis yang korang minat pulak duk kat Johor. Hahaha, so korang bole ke tahan bermesej dan bergayut je? Sesetengah orang mungkin boleh tapi bukan semua. Jadi carilah kalau boleh yang dekat dan senang untuk berjumpa. Paling tidak pun dapat ber"dating" la. Haha.

-Susah la nak dapat GF
Memang susah nak cari GF lagi2 sekarang gadis hanye memandang lelaki yang handsome dan hot saje. Tapi bukan semuanya begitu ok! Ade juga gadi yang memandang budi bicara korang dan gaya korang. Tapi melalui chatting tidak mungkin menunjukkan siape korang kan? Mungkin dalam chatting korang nampak macam "noob". Tapi depan-depan, siape tahu? Hahah, jadi carilah peluang untuk mengajak gadis yang anda minat keluar. Sebab itulah saya nasihatkan agar cari yang duduk dekat dengan anda. Tak salah jika anda duduk Damansara dan pergi ke Puchong untuk lepak minum bersame si dia.

-Jangan terburu-buru
Akhir sekalu, jangan terburu-buru untuk mendapatkan nombor telefon si dia, kerana ini akan menampakkan bahawa anda terlalu minat si dia dan mungkin dia juga akan berfikir, "eh eh, baru kenal dah nak nombor. tak dapat de". Hahaha, jadi cukup la sekadar berchatting di YM atau mane-mane satu yang korang gune di atas.

Yang penting kita mesti tau menilai respon gadis yang kite minat, ingat bukan satu saje yang ade di MS,FB dan FS. Ade banyak lagi, jadi selamat mencube!!!

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 cinta fantasi | Template Blue by TNB | Distributed by Deluxe Templates