Analisa Tentang Lelaki - Cinta

|


1. manja - disebabkan lelaki adalah pemimpin kepada perempuan, dia dibebani oleh tanggungjawab yang banyak. Maka, Allah ciptakan Hawa untuk menghiburkan nabi Adam. jadi jangan marah kalo lelaki nih nak bermanja, nak mengada2.. sbb mereka nak mengubati duka lara hati mereka dengan wanita.




2. ego - ni mmg takleh nak buat pape. walaupun mereka bersalah, susah nak mohon maaf. kalo mohon maaf pun, masih lagi kekalkan kata2 macam dia tak bersalah. mengharapkan perempuan boleh baca hati mereka. tetapi mereka sendiri, sampai sudah pun tak mo mengaku dengan lidah mereka. adessss.



3. kebudak-budakkan - lelaki akan jadi kebudak-budakkan dengan orang yang mereka sayang sangat. balik kepada isu manja tadi.dia cuma akan berubah jadi macho dengan orang yang tak rapat dgn mereka, tetapi jadi kebudak-budakkan apabila berhadapan dengan orang yang mereka rapat dan sayang sangat.



4. sukakan perhatian - lelaki suka wanita ambik tau pasal dirinya. tetapi apabila terlalu ambik berat, selalu hubungi lelaki itu bertanya khabar, bagi hadiah masa besday dan sebagainyer.. mereka akan mula rimas.



5. visual - lelaki adalah makhluk yang visual. sbb tuh ramai lelaki (walaupun bukan semua) suka memilih wanita yang cantik2. walaupun kita rasa pasangan lelaki itu tidak cantik, dia tetap akan kata pasangannya cantik dari sudut-sudut tertentu pada fizikal wanita tersebut. contoh: kulit putih dikatakan cantik, walhal tak semestinya putih itu cantik.



6. pemburu - lelaki adalah pemburu. apabila dia sukakan seseorang, dia akan kejar sampai dapat. (kes mengorat abes-abesan). apabila wanita itu sudah sah menjadi miliknya, ataupun wanita itu sudah benar2 setia.. dia akan dingin. hilang romantisnya, hilang belaiannya, mula tunjuk perangai sebenar dan sebagainyer, sbb dia tahu… pasangannya takkan semudah itu meninggalkannya.



ini adalah analisa ringkas aku tentang lelaki. kebenarannya? wallahualam…

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 cinta fantasi | Template Blue by TNB | Distributed by Deluxe Templates